Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam 2011

 Pengenalan:

  1. Garis Panduan Pengauditan Audit Dalam (GPPAD) ini dikeluarkan untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pegawai-pegawai Audit Dalam bagi melaksanakan kerja-kerja pengauditan pengurusan kewangan dan siasatan di Kementerian/Jabatan/Agensi. Ianya selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 – Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  2. GPPAD ini mengandungi lapan (8) Garis Panduan iaitu GPPAD 1 hingga 7 adalah bagi pengauditan terhadap pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi dan GPPAD 8 sebagai Garis Panduan Siasatan Unit Audit Dalam
  3. GPPAD 1 hingga 7 bertujuan untuk membantu Unit Audit Dalam menjalankan tugas dengan lebih sistematik bagi membantu organisasi mencapai matlamatnya dengan menyumbang ke arah peningkatan tahap akauntabiliti dan tadbir urus dengan menilai serta menentukan sama ada:
  • Wujud kawalan dalaman yang mencukupi dan berkesan terhadap sistem dan prosedur organisasi;
  • Undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dipatuhi;
  • Wujud struktur dan sistem pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan; dan
  • Rekod kewangan dan perakaunan telah diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini.

GPPAD ini disediakan adalah berdasarkan kepada kriteria pengauditan Indeks Akauntabiliti pengurusan kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara sebagai satu rujukan.

4.    Tujuh (7) GPPAD berkenaan pengauditan pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

GPPAD 1 – Pengauditan Pengurusan Dan Pentadbiran
GPPAD 2 – Pengauditan Pengurusan Bajet
GPPAD 3 – Pengauditan Pengurusan Terimaan
GPPAD 4 – Pengauditan Pengurusan Perbelanjaan
GPPAD 5 – Pengauditan Pengurusan Kumpulan Wang/Akaun Amanah
GPPAD 6 – Pengauditan Pengurusan Aset, Inventori Dan Stor
GPPAD 7 – Pengauditan Pengurusan Pelaburan

5.    Manakala GPPAD 8; berkenaan Siasatan yang disediakan bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai Audit melaksanakan siasatan tertentu atas arahan-arahan Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan Persekutuan/Setiausaha Kerajaan Negeri.

Muat Turun Garis Panduan 

Isi Kandungan GPPAD
 

 Sumber Dokumen: Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia 

  • 3.cover_2010
  • 4.cover_LT2011
  • 5.cover LT2012
  • 6.Slide1
  • 7.Kulit_LT2014
  • Kulit2015
  • Kulit_LT2016

Hubungi Kami

Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia,Aras 5,Blok E6, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Tel : 03 8883 2162
Fax : 03 8883 2198