PENUBUHAN CAWANGAN AUDIT DALAM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Cawangan Audit Dalam (CAD) pada tahun 1980 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab CAD telah dimantapkan lagi melalui 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP), PS 3.1 dan PS 3.2 di mana objektif, tanggungjawab dan bidang tugas Audit Dalam telah dinyatakan.

Fungsi utama CAD adalah untuk:

  • Memberi kepastian (assurance) kepada pihak pengurusan berkenaan keberkesanan proses kawalan dan impaknya terhadap tadbir urus.
  • Membantu memantapkan tahap akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan pelaksanaan program / aktiviti di KKM.
  • Membantu memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan KKM melalui audit prestasi.
  • Membantu pihak pengurusan menyusuli tindakan pencegahan dan pembetulan / penambahbaikan terhadap kelemahan yang dikenalpasti dalam pengurusan kewangan dan sistem penyampaian perkhidmatan KKM.

Bagi menjamin kebebasan fungsi CAD, Ketua Audit Dalam adalah bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan hasil pengauditan dilaporkan kepada beliau dan pihak yang terlibat.

  • 3.cover_2010
  • 4.cover_LT2011
  • 5.cover LT2012
  • 6.Slide1
  • 7.Kulit_LT2014
  • Kulit2015
  • Kulit_LT2016

Hubungi Kami

Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia,Aras 5,Blok E6, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Tel : 03 8883 2162
Fax : 03 8883 2198