BUDAYA KORPORAT

 LOGO KKM

 

 PENERANGAN LOGO

  LATAR BELAKANG PUTIH

Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas semasa.

  HATI BERWARNA MERAH

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

  TANGAN

  • Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.
  • Nilai-nilai Teras Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

  SENTUHAN DI HATI

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

  MOTO - "Kami Sedia Membantu"

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.


BUDAYA KORPORAT KKM

  NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami poercaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

  • 3.cover_2010
  • 4.cover_LT2011
  • 5.cover LT2012
  • 6.Slide1
  • 7.Kulit_LT2014
  • Kulit2015
  • Kulit_LT2016

Hubungi Kami

Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia,Aras 5,Blok E6, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Tel : 03 8883 2162
Fax : 03 8883 2198