• save energy1
  • Sistem 3PK

1. Apakah mandat bagi Cawangan Audit Dalam (CAD) untuk menjalankan pengauditan?

Mandat bagi CAD untuk menjalankan pengauditan diperuntukkan dalam 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP)-PS 3.1/2013 berkenaan Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian Atau Jabatan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri.

2. Apakah jenis pengauditan yang dijalankan?

Terdapat beberapa jenis pengauditan yang dijalankan. Antara pengauditan yang dijalankan adalah seperti berikut :-

    • Pengauditan Kewangan
    • Pengauditan Prestasi/Aktiviti
    • Pengauditan Khas/ Siasatan

3. Apakah maksud pengauditan ?

Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi.

4. Apakah bidang kuasa CAD?

CAD mempunyai kuasa menjalankan kerja pengauditan yang meliputi semua Program dan Aktiviti di peringkat Ibu Pejabat Kementerian, Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/ Bahagian, Makmal, Kolej Latihan, Pejabat/Klinik Pergigian, Majlis, Klinik-klinik Kesihatan dan lain-lain Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kawalan KKM.

5. Takrif Audit Dalam

Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi organisasi.

6. Bilakah pengauditan boleh dijalankan?

Pengauditan yang dijalankan oleh Audit Dalam adalah secara berterusan.

7. Siapakah yang menerima laporan audit?

CAD melaporkan hasil pengauditan tersebut kepada Ketua Setiausaha, KKM dan pihak yang berkaitan. 

8. Dimanakah isu-isu yang dibangkitkan oleh CAD dan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibincang?

Isu-isu yang dibangkitkan oleh CAD dan dalam LKAN akan dibentangkan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) KKM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan dianggotai oleh Timbalan KSU, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK), Timbalan KPK, Setiausaha/Pengarah Bahagian. CAD bertindak sebagai urusetia kepada Mesyuarat JKA KKM.


  • 1.KULIT_2008
  • 2.Cover_2009
  • 3.cover_2010
  • 4.cover_LT2011
  • 5.cover LT2012
  • Slide1

Hubungi Kami

Cawangan Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia,Aras 5,Blok E6, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Tel : 03 8883 2162
Fax : 03 8883 2198